Tuesday, January 22, 2008

Lahirnya Seorang Hamba Allah di Muka Bumi ini-episod2-

lama dah xupdate blog ana yang selagi ni,huhu,banyak sgt blognyer,xterupdate lastnyer.. so,today i must to continue my story, story about my life. So, lepas je ana kuar daripada perut mak tersayang, ana pon mak antar ke rumah opah n atok kat kkb juga. Kire opah n atok belah mak. Maybe time tuh ayah n mak wat keputusan letak kat rumah Opah sebab ayah n mak busy kerja. Almaklumlah keluarga baru nak starting menuju ke satu masa yang lebih mencabar. Start dari tu,ana memang rapat dengan Opah dan Atok. Time tuh opah just stay kat rumah n atok rasenye kerja kat IKBN lagi. Ayah masa tuh kerja kat Telekom, mak pula kat IKBN lah sama dengan atok. Rasenye daripada kecik lagi ana memang dimanjakan oleh opah n atok,beselah budak kecik,sorang lak tuh..huhu. Seronok memang seronok tapi ader sesuatu yang sebenarnye kite xsedar bile x disamping ayah n mak. Ana pon makin membesar,nak citer lebih2, xtahu coz masa tuh kecik lagi,ni pun opah citerkan kat ana balik. So, ni naqol je daripada opah,hehe.. Then,hampir setahun dah umur ana,dalam masa tuh mak mengandung sebenarnye, so nak dapat adeklah ana nih,huhu..sat jer rase jadi solo,tibe2 nak berdua lah pulak. tapi itu rezeki allah taala, takdir dah menentukan,redha dan terima seadanya. dan selang hampir setahun ana dilahirkan, maka pada 16 Januari 1988, lahirlah adek ana. kire masa ni adek yang pertamalah. awal tahun die kuaq(januari). Confirm masa tuh mak n ayah mesti gembira coz dah dapat sepasanglah katakan. Adek ana yang ni perempuan. Part bagi nama angah ni ana xtahu,tapi pernah dengar mak n arwah nenek(belah ayah) bercerita yang arwah nenek bagi nama kat angah ni. But sekadar dengar xtahu kesohihannye,xpe nt tyer kat mak balik..hihi. Angah nih dah ditakdirkan nama Norshaheera. Nor tuh cahaya, kalau shaheera xpasti lak,maybe asal daripada perkataan syahrun iaitu bulan..but not confirm,xpe2 nt tgk balik maksud sebenar. Ok, then ana still menetap dengan opah n atok, dan adek yang kedua nih pulak aderlah jiran sekampung opah tuh yang menjaganyer,but angah balik rumah, just pagi je pi rumah orang tuh,org tuh klu xsalah kami panggil Cik Yah, masa tuh dielah yang menjaga kak ngah nih. Tapi petang2 ayah datang amik and then kak ngah dok rumahlah dengan ayah n mak. Along die ni je xbalik2 rumah,kadang2 je. Manja dengan opah n atok,sampai lani terbawa2..tapi kena ubahlah sebab dah besarkan. So, ana pon kecik2 nih xderlah wat gapo(loghat kelate),just dok rumah je,aderlah kadang2 tuh kalau cuti mak amik bawa balik rumah,rumah masa tuh dekat sangat dengan rumah opah,kalau xsalah dalam kampung yang sama(Kampung Dagang Setia). Ayah n mak memang rajin kerja cari rezeki, sampai lani ayan n mak kuat bekerja. Tapikan,masa kecik2, manalah tahu apa yang ayah n mak lakukan. Tambahan pula,dok rumah opah n atok,lagilah,terasing sejak daripada kecik. Then, ana pernah gak berceloteh dengan opah bile dah besar2 camni, opah aderlah citer yang ana pernah masuk hospital time kecik2 dulu, rasenye kena demam panas kalau xsalah, opahlah yang menjaganye ana masa dalam wad(kena tahan tu,baru umuq berapa). Tuh yang sayang sangat kat opah. erm.. ni ana nak abeskan citer semua ke arini,huhu..tapi nanti pembaca(orang tersayang) yang membaca blog ni jadi bosan. But, xpelah ana sambung sikit lagi,tangan lom letih lagi. Then, rasenye seminggu ana dok dalam wad. Masa tuh jadi famouslah coz ramai yang melawat. Kemudian pas pada tuh, ana jalani kehidupan macam biasa, dok kat rumah opah lagi. Tahun pon bersilih ganti, umuq ana pon meningkatlah nak masuk 3 yaers, dan ketika itu tibe2 mak dimasukkan ke hospital, ana pon xtahu apa yang terjadi waktu tuh. Diri ini dahlah kecik masa tuh,pastu mak lak masuk hospital, dan selepas atok memberitahu an,ana pon terkejut coz...(nak tahu sambungannye tunggulah nanti episod akan datang).

Monday, June 25, 2007

Lahirnya Seorang Hamba Allah di Muka Bumi ini-episod1-

keheningan pagi itu...terdengar sayup2 suara angin di alam ciptaan ilahi,bunyi cengkerik memecah sepi dingin pagi...tiba2 kedengaran satu suara yang amat ditunggu selama ini. Tepat jam 3.2pagi bersamaan 4 Februari 1987 di Hospital Kuala Kubu Bharu lahirlah seorang bayi bagi pasangan Mohamad Rais dan Kamisah. Kelahiran bayi sulung pastinya menggembirakan hati yg selama ini ingin menimang cahaya mata sendiri. Bayi seberat 3... kg diberi nama sempena nama pakciknyer iaitu Faizal but his name just ditambah Mohd, so bermulalah kehidupan seorang yg bernama Mohd Faizal bin Mohamad Rais and dier adalah ana. Ketika dilahirkan umur mak ana 25tahun and baru setahun berkahwin, so young lagi. Kalau anak sulung ni besenyer segelintir kaum ibu takut nk mengahadapi risiko,almaklumlah first time bersalin. Orang kata kalau time ibu tu mengandung,apa yg dier buat aghlabiahnyer turun kat baby nt. But tu orang cakaplah,realiti dah kuaq baby baru tahu hasilnya. After 2days lepas kuaq, maka pulanglah ana and my family ke rumah. For this time bermulalah pula kehidupan ana kat rumah yang ayah n mak ana tinggal sebelum ni. Mak still dlm pantang, so ayah hantar mak balik rumah opah(ibu kepada mak). So, opahlah yg jaga mak and ana. Ayah kena cari rezeki kalau tak nak makan apa nanti. Atok pon kejer juga time tuh, but klu atok kat rumah sokmo gak tgk2kn ana. Masa ana lahir mak kerja sebagai PAR kat IKBN pertak,then ayah sebagai Juruteknik Telekom Malaysia kat KKB...atok pun kerja sebagai jaga i think kat IKBN pertak. Sory coz xberapa ingat...then selama pantang mak mmg duk ngn opah jer. So, abes jer pantang mak start kejer semula, then pening mana nak letak ana sbb ayah and mak pi kejer. Mak n ayah pon buat keputusan untuk letakkn ana kat...

bersambung...